suria

Jurumekap Artis Sambilan Didakwa Cederakan Jurumekap

PETALING JAYA: Seorang jurumekap artis sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Selasa atas tuduhan mencederakan seorang jurumekap menggunakan sebilah pisau, lima hari lepas.

Mohd Fadzil Aripin, 28, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan luka di paha dan tapak tangan Jalani Mat, 40, di hadapan restoran McDonald, Jalan PJS 8/4, Sunway Mentari di sini pada 4.45 pagi, 30 Ogos lepas.

Tertuduh yang berambut panjang sehingga paras dada itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Oktober sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Suraj Singh. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain