suria

Hukum Mereka Yang Biadap, Pastikan Kemenangan BN Pada PRU13 - Rais

KUALA KLAWANG: Rakyat mesti memberi hukuman kepada perbuatan biadab peserta himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bukan secara kasar tetapi menterjemahkannya pada pilihan raya akan datang dengan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Macam mana benci pun seseorang itu, kita tidak boleh menggunakan perasaan kasar, tapi kita mesti gunakan pendidikan yang telah kita terima. Ini rahsia kehidupan dan adalah ilmu kehidupan yang tidak boleh kita ketepikan," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Merdekaraya Dewan Undangan Negeri kawasan Klawang, Parlimen Jelebu 2012 di Kampung Batu Serambai dekat sini, Selasa.

"Kita mesti menentang dan menidakkan mereka yang tidak teguh kepada janji. Kita mesti katakan bagaimana janji ditepati, begitulah kita berjuang di bawah BN," kata Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu.

Beliau turut meminta rakyat agar tidak melupakan budi kerajaan BN yang memberi banyak bantuan dan membangunkan negara ini. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain