Dua Pelajar Malaysia Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Russia - Semasa | mStar

Dua Pelajar Malaysia Terbunuh Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Russia

VLADIVOSTOK (Russia): Dua pelajar Malaysia terbunuh dan lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di Russia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia, Datuk Zainol Abidin Omar, pada Isnin.

Beliau berkata pelajar itu dikenalpasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu; dan Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya.

Penuntut itu, kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku, kata beliau.

Beliau berkata pelajar itu baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya untuk memulakan semester baru.

Zainol Abidin berkata Hanisah mati di tempat kejadian sementara Adzreen dalam perjalanan ke hospital.

Beliau berkata van yang dinaiki pelajar itu berlanggar secara berdepan dengan sebuah van lain.

Zainal Abidin berkata lima lagi pelajar itu kini dirawat di sebuah hospital di Vladimirskaya.

Beliau mengenalpasti mereka sebagai Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza.

Ketika memberikan butir-butir kepada wartawan Malaysia yang meliputi sidang APEC 2012, Zainal Abidin berkata bantuan segera telah ditawarkan kepada pelajar berkenaan berikutan laporan daripada seorang daripada mereka mengenai kemalangan itu.

"Segala bantuan akan diberikan kepada pelajar di hospital sementara persiapan sedang dibuat segera untuk membawa pulang mayat kedua-dua pelajar itu," kata beliau.

"Ini tragedi dahsyat dan yang pertama di sini," kata beliau.

Beliau juga berkata keluarga semua pelajar berkenaan telah diberitahu mengenai kemalangan itu. "Mereka begitu terkejut, kerana baru saja beberapa jam sebelumnya pelajar itu meninggalkan Kuala Lumpur," kata beliau. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Dua Maut Dalam Kemalangan Di Pahang

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain