suria

Dua Maut Dalam Kemalangan Di Pahang

KUANTAN: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori yang membawa muatan papan di Km 12 Jalan Baru Bentong-Raub pada Isnin.

Kejadian pada pukul 6.05 petang itu menyebabkan pemandu kereta Rashid Othman, 69, mati di tempat kejadian manakala penumpang kereta itu Othman Abdullah, 70, mati di Hospital Bentong.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata kereta yang dipandu Rashid dikatakan keluar dari simpang tiga dan berlanggar dengan lori itu yang dipercayai dalam perjalanan dari Kota Baru ke Bentong.

Sementara itu dalam satu lagi kemalangan, seorang wanita Wan Rohani Wan Ishak, 55, maut apabila motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km16 Jalan Kuantan-Bypass pada pukul 8 pagi Isnin.

Mohamed Fauzi berkata motosikal yang ditunggang wanita itu dari arah Kuantan menuju ke Kemaman dikatakan secara tiba-tiba mengubah laluan dari kiri ke kanan jalan menyebabkannya bergesel dengan kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain