suria

Bekas Menteri & Tokoh Sukan Tan Sri Hamzah Abu Samah Meninggal Dunia

Tan Sri Hamzah Abu Samah
 Tan Sri Hamzah Abu Samah
Tan Sri Hamzah Abu Samah

KUALA LUMPUR: Presiden Seumur Hidup Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Hamzah Abu Samah, meninggal dunia akibat sakit tua dikediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan pad Selasa.

Allahyarham Hamzah, 88, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 3.30 petang, katanya anak keduanya Zulkelim, 54.

Allahyarham Hamzah, yang juga adik ipar Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein, meninggalkan isteri Toh Puan Zainon, iaitu adik Abdul Razak, dan tujuh anak.

Beliau pernah menyandang jawatan Menteri Undang-undang dan Peguam Negara sebelum bersara daripada kabinet pada September 1980 ketika era pentadbiran Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak.

Anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini dilahirkan pada 5 Januari 1924.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau ialah Presiden Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) (1978-1994), Menteri Belia dan Sukan (1971-1973), Ahli Parlimen Temerloh 1967–1980. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain