Kuota Haji Kekal - Jamil - Semasa | mStar

Kuota Haji Kekal - Jamil

PUTRAJAYA: Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.

Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini Sabtu malam.

Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas.

Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.

Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.

"Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 September melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada 29 Oktober.

Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.

Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.

"Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya.

Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.