Umno Kedah Sokong Lantik Timabalan MB - Semasa | mStar

Umno Kedah Sokong Lantik Timabalan MB

ALOR SETAR: Umno Kedah menggesa kerajaan negeri pimpinan PAS mewujudkan segera jawatan Timbalan Menteri Besar bagi melaksanakan tugas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sakit.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun dalam perlembagaan negeri tidak wujud jawatan tersebut, kerajaan negeri perlu membuat pindaan terhadap perlembagaan tersebut.

"Umno Kedah akan menyokong dan bersetuju sekiranya kerajaan negeri mahu mewujudkan jawatan tersebut demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Alor Setar di Dewan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Anak Bukit di sini, Ahad.

Beliau berkata semua itu bergantung kepada Azizan sama ada mempersetujui cadangan tersebut atau sebaliknya memandangkan keadaan kesihatannya yang kini tidak menentu.

Ahmad Bashah yang juga Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata jika Azizan merasakan dirinya mampu untuk mentadbir, Umno tidak akan meminta beliau berbuat demikian.

Difahamkan satu mesyuarat exco kerajaan negeri akan diadakan Rabu ini di sebuah hospital swasta iaitu tempat Azizan dirawat. Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Azizan sendiri.

Kali terakhir Azizan mempengerusikan mesyuarat exco ialah 5 Ogos lepas sebelum beliau mendapat rawatan di hospital swasta itu pada 14 Ogos.

Mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Alor Setar hari ini dihadiri 510 perwakilan dari 98 cawangan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tukar Bendera: Perkasa Buat Laporan Polis

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain