suria

Sekolah, Syarikat Pemaju Turut Terlibat Dalam NKRA Jenayah Fasa Kedua -Hishammuddin

KAMPUNG GAJAH: Sekolah dan syarikat pemaju perumahan antara organisasi yang terlibat memerangi jenayah di bawah fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jenayah yang akan dilancarkan hujung tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian itu akan mengumumkan pendekatan dan program fasa kedua bagi memenuhi matlamat NKRA.

"Pendekatan di bawah fasa kedua saya akan umumkan sekaligus tentang apa yang kita akan lakukan terhadap kanak-kanak jalanan, pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru... yang mana semua ini ada hubung kait dengan agenda kita, sama juga bank-bank serta syarikat pemaju perumahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Pasir Salak di Dewan Besar Felcra di sini, Ahad.

Terdahulu, beliau menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Felcra Berhad Wilayah Perak di tapak perumahan generasi kedua peserta Felcra di sini. -BERNAMA

Artikel Lain