suria

RM3.4 Bilion Pinjaman PTPTN Dikutip

TEMERLOH: Pelajar yang membuat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula membuat pembayaran apabila sebanyak RM3.4 bilion berjaya dikutip sehingga akhir Julai lalu.

Pembayaran balik itu melibatkan 772,200 peminjam atau sebanyak 70.63 peratus daripada jumlah keseluruhan peminjam tabung itu, kata Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said.

Selain itu Ismail berkata terdapat lebih daripada 1.12 juta peminjam yang mengambil pinjaman iaitu melibatkan lebih RM7.33 bilion.

"Peningkatan pembayaran balik pinjaman itu menunjukkan pelajar menyedari tanggungjawab mereka untuk memulangkan wang yang dipinjam," katanya pada sambutan majlis Hari Raya di Kerdau dekat sini, Sabtu.

Dalam pada itu menurut beliau, pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam pengajian mereka boleh dikecualikan daripada membayar balik pinjaman.

"Sehingga 31 Julai seramai 13,011 peminjam yang mendapat ijazah kelas pertama atau setaraf dengannya telah dikecualikan daripada membayar kembali pinjaman mereka, ia membabitkan lebih daripada RM370 juta.

Artikel Lain