suria

Karpal Sedia Bentang RUU Persendirian Antilompat

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh akan membentangkan Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi menggubal Perlembagaan Persekutuan berkaitan antilompat parti.

Beliau berkata sekiranya Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan dipinda, Rang Undang-undang antilompat yang dicadangkan Kerajaan Pulau Pinang akan menjadi Perlembagaan.

"Perkara itu memberikan seseorang kebebasan untuk bersama atau tidak bersama parti. Saya akan mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen pada 25 September menggesa pindaan (Perlembagaan) dilakukan.

"Saya harap Barisan Nasional (BN) boleh menyokong," katanya di sini pada Sabtu.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan 'membantu' wakil rakyat BN bagi mendapatkan majoriti dua pertiga agar Perlembagaan dipinda.

Selain itu katanya kepimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan secepat mungkin untuk mencapai pendirian bersama mengenai undang-undang antilompat parti.

Karpal juga yakin bahawa gabungan pembangkang akan berjaya mencapai kata sepakat mengenai perkara tersebut.

Artikel Lain