Guan Eng Digesa Tubuh Jawatankuasa Bebas Siasat Isu Jual Tanah - Semasa | mStar

Guan Eng Digesa Tubuh Jawatankuasa Bebas Siasat Isu Jual Tanah

BUKIT MERTAJAM: Umno Pulau Pinang mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan berhubung penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak 2008.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata jawatankuasa itu penting kerana ia mampu memperjelaskan sama ada penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah benar dan telus atau sebaliknya.

"Sudah sampai masanya kerajaan negeri tubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat penjualan tanah dan bentangkan kepada umum bagi rakyat nilai sendiri sama ada apa yang mereka buat itu (jual tanah) adalah telus.

"Ini barulah dikatakan berani dan demokrasi, kita bukan hanya mahu seorang ketua menteri yang pandai bercakap dan menuduh orang sana sini tetapi boleh membuktikan apa yang beliau cakap," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Batu Kawan di sini pada Ahad.

Musa yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Kawan turut mencabar Lim supaya menjawab dan menjelaskan segala persoalan yang dikemukakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang berhubung isu penjualan tanah di Taman Manggis.

"Mereka (pemuda BN) berkali-kali minta ketua menteri jawab dan jelaskan isu berkenaan tetapi sehingga hari ini beliau (Lim) tidak berbuat demikian sebaliknya beliau juga terus membohongi rakyat Pulau Pinang dengan menuduh itu semua agenda Umno," katanya.

Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah berkenaan kepada sebuah syarikat pemaju swasta.

Mereka terkejut apabila mendapat tahu tapak berkenaan akan dibangunkan sebagai hotel dan hospital swasta sedangkan tanah itu sepatutnya dibangunkan untuk projek fasa kedua rumah kos rendah sebanyak 272 unit selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain