suria

Pelajar Digesa Bekerjasama Dengan LMU

PETALING JAYA: Enam pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di London Metropolitan University (LMU) dinasihatkan supaya bekerjsama dengan institusi tersebut bagi mengelak daripada diusir.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa berkata LMU telah menyediakan satu senarai beberapa universiti yang boleh dihubungi pelajar-pelajar tersebut.

Pelajar-pelajar itu berdepan kemungkinan diusir selepas UK Border Agency (UKBA) menarik balik lesen LMU untuk menaja visa kepada pelajar bukan dari Kesatuan Eropah (EU).

Kesemua enam pelajar itu menanggung sendiri kos pengajian mereka.

Beliau berkata, pejabat Pendidikan Malaysia di London telah memuat turun maklumat mengenai LMU di laman webnya dan akan menyediakan bantuan kepada para pelajar tersebut untuk berpindah ke institusi lain.

Di bawah peraturan visa Britain, semua pelajar bukan dari EU di LMU mempunyai tempoh selama 60 hari sama ada untuk memohon memasuki institusi lain atau meninggalkan negara itu.

Naib Canselor LMU, Prof Malcolm Gillies berkata, mereka akan berkerjasama dengan UKBA, Kesatuan Pelajar Kebangsaan dan kesatuan pelajar institusinya untuk menyelesaikan perkara ini.

"Universiti itu turut menubuhkan pusat khidmat bantuan bagi memberikan sokongan dan nasihat kepada para pelajar," katanya.

Akhbar Sunday Times melaporkan bahawa pemeriksaan yang dilakukan UKBA mendapati beberapa pelajar melanjutkan pengajian di LMU tanpa visa sah.

Pemeriksaan juga mendapati universiti tersebut gagal melaporkan ketidakhadiran pelajar antarabangsa selain pencapaian akademik pelajar dan penguasaan bahasa Inggeris.

Pengerusi Persatuan Pelajar Malaysia di United Kingdom, Ahamd Syawal Hafriz Abdullah berkata: Harap isu ini akan diselesaikan segera memandangkan semester baru akademik akan bermula tidak lama lagi."

Menteri Universiti Britain, David Willetts berkata satu pasukan petugas telah ditubuhkan untuk membantu pelajar sah yang terjejas akibat keputusan itu.

Artikel Lain