suria

Kedai Makan Terbiar Depan Istana Maziah Terbakar

KUALA TERENGGANU: Sebuah kedai makan yang sudah lama tidak beroperasi di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini, berhadapan Istana Maziah musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu.

Kebakaran turut merebak ke bangunan Mara dua tingkat yang dalam pengubahsuaian, yang terletak bersebelahan dengannya, sebelum api dipadam sepenuhnya pada 4.08 pagi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Abdullah Zawawi Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.26 pagi.

"Ketika pihak bomba sampai, rumah kedai jenis sementara (kayu) itu sedang terbakar keseluruhan dan api telah mula merebak ke tingkat dua bangunan sebelahnya.

"Dengan kekuatan enam jentera beserta 43 Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Abdullah Zawawi berkata kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas. - BERNAMA

Artikel Lain