suria

Tiada Insiden Buruk Ketika Himpunan Janji Bersih - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa puas hati kerana tiada insiden tidak diingini berlaku ketika 'Himpunan Janji Bersih' yang dianjur tanpa permit oleh badan bukan kerajaan, malam Khamis.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan semua pihak yang bertugas menjaga keselamatan ketika himpunan itu berlangsung di Dataran Merdeka, malam Khamis.

"Kita tengok bahawa sambutan mereka yang cuba untuk memporak-perandakan sesuatu kali ini, tidak menjadi. Tetapi kita mesti sentiasa berwaspada," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka di sini, Jumaat.

Menyentuh mengenai sambutan hari ini, Hishammuddin berkata setiap lapisan masyarakat meraikan hari kemerdekaan dengan penuh semangat dan mendapat sambutan luar biasa seluruh rakyat. - BERNAMA

Artikel Lain