Rogol Bawah Umur: KPWKM Mahu Aspek Perundangan Diteliti - Semasa | mStar

Rogol Bawah Umur: KPWKM Mahu Aspek Perundangan Diteliti

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan perbincangan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz bagi meneliti aspek perundangan berhubung isu rogol mangsa bawah umur (rogol berkanun).

Pendekatan itu bagi memastikan mangsa mendapat perlindungan dan pembelaan sewajarnya manakala pemangsa dikenakan hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan, menurut kementerian itu dalam kenyataan di sini Khamis.

KPWK berkata institusi keluarga berperanan penting mencegah dan menangani kes rogol mangsa bawah umur di kalangan remaja dan ibu bapa perlu mengawasi pergerakan dan perlakuan anak mereka demi masa hadapan.

Menurut kenyataan itu, KPWKM menghormati keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas dua lelaki dewasa yang didapati bersalah dalam kes rogol mangsa bawah umur, baru-baru ini.

"Pada masa yang sama, KPWKM memandang serius pandangan masyarakat yang beranggapan hukuman yang dikenakan ke atas kedua-dua lelaki itu adalah ringan dan tidak setimpal dengan jenis jenayah yang dilakukan," katanya.

Sebagai negara pihak kepada dua konvensyen antarabangsa yang diratifikasi pada tahun 1995, iaitu Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi golongan wanita dan kanak-kanak daripada sebarang bentuk eksploitasi, keganasan dan penderaan dari aspek fizikal, mental, emosi dan psikologi, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Ribut Rosakkan Kedai Di R & R Bukit Besi

Artikel Berikut

Seksyen 114A: KJ Sangkal Terima Amaran

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.