suria

PM Lawat Kedah Dan Rasmi Serentak Mesyuarat Enam Bahagian

BALING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan sehari ke Kedah pada Khamis dengan merasmikan serentak Mesyuarat Perwakilan enam Bahagian Umno.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Rakan Muda, Batu 42 di sini, kira-kira pukul 10.15 pagi untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Baling, Sik, Kulim/Bandar Baharu, Sungai Petani, Merbok dan Padang Serai.

Najib dijadual menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Bersama Rakyat - penduduk Baling dan daerah sekitar - di tempat yang sama selepas itu.

Kemudian perdana menteri akan ke Alor Setar bagi menghadiri satu lagi majlis Jamuan Hari Raya Bersama Rakyat di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Perdana Menteri kemudian akan menziarahi bekas Exco Kedah Datuk Zakaria Said yang diserang angin ahmar di rumahnya di Bandar Darul Aman, Jitra. - BERNAMA

Artikel Lain