suria

Nasharudin: Pemuda PAS Serah Kepada Majlis Syura

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengambil pendirian tidak mahu membuat sebarang kenyataan sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Majlis Syura dalam membuat keputusan terhadap bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

Ketua DPPM Nasruddin Hassan yang dipetik Harakahdaily berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Ahli Parlimen Bachok itu sebelum ini mencadangkan agar parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hukum hudud.

"Jadi, kita ikut saluran parti maknanya serahkan kebijaksanaan kepada kepimpinan Masjlis syura unttuk melihat bagaimana isu ini harus di selesaikan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS.

Malah Nasruddin menegaskan pihaknya akan dengan keputusan PAS Pusat dan itulah yang sebaiknya.

Buat masa ini, katanya, DPPM tidak boleh mengukur dan menghukum Nasharuddin sehinggalah beliau bertemu dengan Majlis Syura sebagaimana proses saluran parti untuk menyatakan bagaimana kedudukan beliau.

"Jadi saya tidak boleh hukum itu bukan tugas saya, itu tugas Majlis Syura. Cumanya saya tegaskan kita jangan mendahului keputusan pemimpin.

"Pemuda ambil keputusan tidak mahu komen apa-apa. Tunggu keputusan Majlis Syura pada 9 September ini," katanya.

Artikel Lain