suria

Lepaskan Kerusi Parlimen Adalah Lebih Baik, kata Bumburing

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Bumburing berkata, beliau bersedia untuk meletakkan jawatan daripada kerusi parlimen sekiranya beliau dibenarkan untuk bertanding semula dalam pilihan raya.

Bumburing, yang keluar daripada Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) bagi menyokong Pakatan Rakyat, berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan undang-undang anti lompat parti tetapi undang-undang yang tidak membenarkan wakil rakyat yang meletakkan jawatan untuk bertanding semula perlu dimansuhkan.

“Mana-mana undang-undang yang tidak membenarkan seseornag itu untuk bertanding semula dalam kerusi yang telah dia lepaskan (apabila telah beralih parti) sepatutnya dikaji semula atau dimansuhkan,” kata Bumburing.

Beliau berkata, mereka yang disifatkan sebagai ‘katak-katak’ politik ini sepatutnya dibezakan dengan mereka yang bertukar parti dan mereka yang keluar daripada parti mereka sendiri kerana perbezaan ideologi.

Bumburing, yang membentuk Pakatan Perubahan Sabah, berkata seorang pemimpin yang meninggalkan sebuah parti untuk membentu organisasi lain bagi menyampaikan ideologi dan perjuangan dalam platform lain tidak seharusnya dianggap sebagai ‘katak yang melompat’ atau lompat parti.

“Saya ingin menegaskan bahawa prinsip demokrasi untuk memaksa seorang pemimpin untuk terus menjadi ahli kepada sesebuah parti politik, membiarkannya seorang menerajunya, sekiranya hala tuju politik dan ideologi yang sepatutnya tidak selaras dengan objektif asal,” katanya.

Artikel Lain