suria

Kronologi Himpunan Janji Demokrasi

Peserta himpunan Janji Demokrasi mula membanjiri Dataran Merdeka. Foto CHAN TAK KONG/THE STAR
Peserta himpunan Janji Demokrasi mula membanjiri Dataran Merdeka. Foto CHAN TAK KONG/THE STAR
Peserta himpunan Janji Demokrasi mula membanjiri Dataran Merdeka. Foto CHAN TAK KONG/THE STAR

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi Himpunan Janji Demokrasi yang dijadualkan berlangsung di sekitar Dataran Merdeka pada malam Khamis.

12.05 tengah malam: Orang ramai dilihat mula meninggalkan kawasan di sekitar Dataran Merdeka. Peserta himpunan turut bersurai seperti yang dijanjikan dengan pihak polis.

12 tengah malam: Orang ramai yang berada di sekitar Dataran Merdeka dan Dataran DBKL mengira detik ambang kemerdekaan. Percikan bunga api turut memeriahkan suasana sambutan Hari Merdeka.

11.30 malam: Maria tiba di Dataran DBKL. Sasterawan negara, Datuk A. Samad Said turut berada di Dataran DBKL untuk mendeklamasikan puisi.

Peserta himpunan melaungkan 'merdeka' dan 'bersih' berulang kali sementara menunggu detik kemerdekaan.

11.15 malam: Ahli Jawatankuasa Himpunan Janji Demokrasi, Maria Chin Abdullah tiba di Dataran Merdeka. Beliau bergerak menuju ke Dataran DBKL untuk bertemu dengan peserta himpunan yang telah berada di sana.

11.00 malam: Peserta himpunan berarak bersama Mat Sabu. Kumpulan ini bergerak bersama-sama menuju ke Jalan Raja Laut dari Dataran Merdeka.

Sementara itu, pengunjung ke Dataran Merdeka semakin ramai.

10.45 malam: Dataran Merdeka semakin sesak dengan peserta himpunan dan mereka yang datang untuk menyambut hari kemerdekaan. Bagaimanapun keadaan masih terkawal.

10.25 malam: Sekumpulan peserta Himpunan Janji Demokrasi berkumpul sambil melaungkan 'bersih' dan 'ubah'. Dianggarkan setakat ini peserta himpunan berjumlah 500 orang.

9.30 malam: Orang ramai mula memenuhi kawasan berhampiran Dataran Merdeka. Ini termasuklah mereka yang memakai pakaian kuning yang dijangka akan mengadakan Himpunan Janji Demokrasi.

Pengasas Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim antara yang hadir.

8.40 malam: Suasana di Dataran Merdeka masih terkawal. Orang awam mula kelihatan memasuki kawasan ini. Polis juga dilihat mengawal keadaan sekeliling tanpa menghalang orang ramai memasuki dataran untuk menyambut Hari Kemerdekaan tepat jam 12 malam ini.

Artikel Lain