suria

Karpal Gagal Sapina Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Permohonan peguam veteran Karpal Singh untuk mengeluarkan sapina terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam permohonannya untuk membatalkan pertuduhan hasutan ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Azman Abdullah turut menolak permohonan Karpal untuk memanggil bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetapi membenarkan sapina terhadap Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Kamaludin Said.

Karpal terdahulu menghujahkan bahawa keterangan mereka yang akan disapina adalah penting untuk membuktikan bahawa pendakwaan terhadapnya adalah bersifat terpilih.

Azman turut menolak permohonan Karpal untuk membatalkan pertuduhan terhadapnya.

Karpal didakwa mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah di firma guamannya, Messrs Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009.

Artikel Lain