Saya Tolak 'Hudud PAS', Hudud Islam Saya Terima - Dr Mahathir - Semasa | mStar

Saya Tolak 'Hudud PAS', Hudud Islam Saya Terima - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud seperti mana yang terkandung dalam Islam.

Sebaliknya, beliau berkata hanya menolak hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.

"Saya tolak hudud PAS, (hudud) Islam saya tak tolak.

"Tak pernah saya kata tolak hudud Islam," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011, di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Selasa.

Menurut Dr Mahathir terdapat perbezaan yang ketara di antara hukuman hudud yang akan dilaksanakan PAS dan yang disyariatkan Islam.

"Kita kena bezakan antara dua ini (PAS dan Islam)...lain langsung," katanya.

Dr Mahathir berkata pelaksanaan hukuman hudud yang dicadangkan oleh PAS lebih menjurus kepada hukuman berat dan bersifat tidak adil.

"PAS lebih mirip kepada nak kenakan hukuman berat yang tak ada dalam al-Quran...dia (PAS) nak rejam dengan batu. Dalam Quran sebut tentang sebat 100 kali...lelaki dan perempuan.

"Kita tengok di Afghanistan mereka tuduh isterinya secara kejam dan bawa keluar tembak bagi mati...itu bukan (hukuman) Islam," katanya.

Mengulas lanjut Dr Mahathir berkata Islam menuntut supaya berlaku adil apabila meletakkan hukuman kepada seseorang.

Katanya apabila sesuatu hukuman itu dibuat secara tidak adil ia bukanlah hukuman yang dituntut dalam Islam.

"Islam tuntut supaya apabila kamu menghukum, hukumlah dengan adil. Orang Islam potong tangan, tapi orang bukan Islam masuk penjara dua bulan...itu tidak adil. Atau hukum wanita saja yang lelaki tak hukum," tegasnya.

Ditanya tentang pendirian PAS untuk terus melaksanakan hukum hudud walaupun ditentang DAP beliau menjawab:

"Itu dia (PAS) punya masalah, kawan baik dia," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Seksyen 114A: KJ Sangkal Terima Amaran

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain