suria

Penolong Pegawai Akaun Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah Lebih RM140,000

JOHOR BARU: Seorang penolong pegawai akaun di sebuah syarikat roti dan kek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Isnin atas tuduhan pecah amanah membabitkan RM141,241.20 akhir tahun lepas.

Zulfadhli Mohd Taib, 29, yang menguruskan wang kutipan hasil jualan harian didakwa melakukan pecah amanah di pejabat syarikat Lavender Bistro Sdn Bhd, Nombor 5, Jalan Mutiara 7, Kawasan Perindustrian Plentong, Masai, di sini antara 30 Oktober hingga 31 Disember tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Majistret Maslinda Selamat membenarkan Zulfadhli diikat jamin RM16,000 dengan dua orang penjamin dan menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ashraff Mohd Diah. - BERNAMA

Artikel Lain