suria

Rakyat Malaysia Diculik Lanun Nigeria Pulang Ke Pangkuan Keluarga

George disambut keluarga dengan kek hari jadi sebaik tiba di KLIA
George disambut keluarga dengan kek hari jadi sebaik tiba di KLIA
George disambut keluarga dengan kek hari jadi sebaik tiba di KLIA

SEPANG: Selepas 19 hari berada dalam kurungan di Nigeria, mangsa culik George Lipih Anak Ambo akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.

Pemuda berusia 42 tahun ini kelihatan letih apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Sabtu , tetapi wajahnya ceria apabila melihat isterinya Bibi Suntek dan tiga anak mereka berjalan ke arahnya di dewan ketibaan.

Mereka berpelukan dan menangis.

"Terima kasih Tuhan, terima kasih kepada semua yang berdoa untuk saya," katanya kepada pemberita di sini selepas keluarganya mengadakan sambutan ringkas hari jadi dengan membawa kek.

Ulang tahun George ke 42 jatuh pada 13 Ogos ketika dia masih dalam tahanan.

George, bersama tiga rakan yang lain, telah diculik pada 4 Ogos oleh lanun Nigeria yang memanjat kapal minyak Jascon 33 kepunyaan majikan mereka Kumpulan Sea Trucks di Teluk Guinea.

Mengimbas kembali pengalaman melihat dua pengawal kapal Nigeria terbunuh dalam pertarungan dengan lanun, George berkata setiap hari dia bimbang tentang kehidupannya dalam tahanan.

"Mereka meletakkan pistol ke kepala saya hampir setiap jam ketika saya dalam keadaan berjaga. Tiada penderaan fizikal, mereka tidak memukul saya atau melakukan apa-apa, tetapi ia adalah penyiksaan mental," katanya.

Dia teringat kembali saat ketika ketua kumpulan lanun itu hilang sabar semasa rundingan dan mengancam untuk membunuh mereka semua.

"Mereka mudah marah," katanya, sambil menambah bahawa keadaan mereka seperti menaiki 'roller coaster' kerana kebanyakan masa lanun berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Dalam keadaan mabuk dan tidak sedar, tembakan seorang lanun hampir terkena George, apabila peluru terkena dinding dengan jarak hanya satu kaki jauhnya dari George.

George dan rakan-rakan tebusan akhirnya dibebaskan pagi Khamis selepas rundingan berjaya dengan lanun.

Butir-butir mengenai bayaran tebusan walau bagaimanapun, tidak didedahkan kepada media.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain