Penafian Mansor Kritik Guan Eng Bukti PKR Tidak Percaya DAP - Semasa | mStar

Penafian Mansor Kritik Guan Eng Bukti PKR Tidak Percaya DAP

GEORGE TOWN: UMNO Pulau Pinang berpendapat kenyataan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman yang tidak meyakinkan berhubung label angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Lim Guan Eng menunjukkan dua rakan sekutu dalam pakatan pembangkang itu tidak mempercayai satu sama lain.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata melalui kenyataan itu juga menunjukkan akibat takut hilang jawatan, pemimpin PKR itu terpaksa membuat penafian.

"Beliau (Mansor) takut hilang jawatan yang disandangnya sepertimana yang terjadi kepada bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mohammad Fairus Khairuddin pada 2009 yang dipecat kerana tidak sependapat dengan Guan Eng," katanya.

Semalam, pada sidang media tergempar di pejabat ketua menteri, Mansor berdolak-dalik memberikan jawapan malah kelihatan resah apabila wartawan bertanyakan sama ada beliau pernah mengungkapkan perkataan itu. Mansor pada mulanya mengakui ada perjumpaan antara pemimpin PKR negeri seperti yang dilaporkan dalam blog gelagatanwar.wordpress.com, tetapi menafikan ia adalah mesyuarat strategik PKR negeri.

Ia susulan pendedahan blog berkenaan yang memetik, Mansor melabel Guan Eng sebagai sombong dan angkuh selain tidak berpuas hati kerana DAP mahu membolot banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, penafian terbabit jelas menunjukkan demi kepentingan peribadi Mansor sanggup tunduk kepada Guan Eng, bukannya berjuang untuk kepentingan orang Melayu di negeri ini.

Katanya Mansor tidak sepatutnya menyamakan Guan Eng dengan tokong yang mana ia boleh memberi maksud sebagai tuhan yang disembah, biarpun cuba menghormati pemimpin dan ketuanya.

"Kalau dah mula samakan pemimpin sebagai tokong, dengan sendirinya sudah lari daripada akidah sebenar. Ia adalah perbuatan yang salah kerana dalam Islam tidak boleh menyamakan manusia seperti tuhan," katanya.

Mengenai punca tindakan Mansor yang melabelkan Guan Eng sebegitu, Zainal Abidin berkata ia berikutan DAP yang kini mempunyai 19 kerusi, bercita-cita menambah dua lagi kerusi dengan mengambil kerusi milik PKR.

"Apabila ia berlaku, DAP yang mempunyai 21 kerusi boleh mendapat kuasa mutlak untuk memerintah Pulau Pinang dan ia sememangnya menjadi harapan DAP tanpa perlu berkongsi kuasa dengan rakan-rakan lain," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain