suria

APMM Gagalkan Cubaan Seludup 200 Tong Gas Di Tawau

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup 200 tong gas memasak dari Tawau menggunakan bot, petang Jumaat.

Pengarah Operasi APMM Tawau, Komander Maritim Azman Samsudin berkata tong gas berkenaan dirampas dari sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik pada 5.30 petang selepas diperiksa di kawasan perairan Tawau.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat seorang juragan warga tempatan dan seorang penumpang wanita warga Indonesia berumur lingkungan 20-an dan 30-an dalam bot tersebut," katanya dalam kenyataan Sabtu.

Katanya kedua-dua tahanan dan barang rampasan dibawa ke jeti APMM untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain