suria

Aliran Trafik Di Beberapa Kawasan Mulai Sesak - PLUS

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mengalami sedikit kesesakan susulan peningkatan bilangan kenderaan di atas jalan setakat tengah hari Sabtu.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad berkata keadaan trafik menghala ke selatan dilapor bergerak perlahan di kawasan Plaza Tol Juru, Sungai Perak menuju ke Terowong Menora dan dari Bidor ke Sungkai.

Kesesakan juga dilapor berlaku di kawasan sekitar Bangunan Sultan Iskandar, Johor menghala ke Woodlands, katanya ketika dihubungi.

"Lain-lain lokasi aliran trafik berjalan lancar dan terkawal," katanya.

Katanya keadaan trafik dari Seremban ke Nilai dan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) serta Sungai Besi masih lagi lancar. Dalam pada itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata keadaan trafik di lebuh raya utama lain masih terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain