suria

Wan Abdul Aziz Bersara Sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan menamatkan kontrak perkhidmatan hari ini setelah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 37 tahun.

Wan Abdul Aziz yang memegang jawatan tersebut sejak 28 Februari, 2007, merupakan anak jati Kota Bharu, Kelatan, dan dilahirkan pada 24 Mei 1952.

Beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan, perbankan dan ekonomi serta pernah menjawat beberapa jawatan tertinggi di Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Kumpulan Bank Dunia di Amerika Syarikat.

Pada 2005, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), sebelum dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, yang tamat tempoh perkhidmatan secara rasmi pada hari ini.

Kerajaan telah mengumumkan pelantikan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baru menggantikan Wan Abdul Aziz berkuatkuasa pada Jumaat (esok).-BERNAMA

Artikel Lain