suria

Lelaki Disyaki Bakar Teman Wanita Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki itu ditahan awal pagi Khamis di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya.

"Suspek ditahan bersama seorang wanita," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes tersebut.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.-BERNAMA

Artikel Lain