suria

Jalan Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Secara Berperingkat Dari 27 Ogos

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka di sini akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini.

Menurut laman Facebook Polis Kuala Lumpur pada Khamis, penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula pukul 6 pagi pada 27 hingga 31 Ogos bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.

Jalan-jalan terbabit akan dibuka semula setelah acara berkenaan selesai.

Jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Travers/Jalan Damansara; Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara); Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara); Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah; Jalan Tembusu/Jalan Lembah; Jalan Cenderasari/Jalan Perdana dan Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman.

Turut terlibat Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin; Jalan Raja/Jalan Hishamuddin; Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin; Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak; Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen; Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut; Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman; Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi; Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman; Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan T.A Rahman/Jalan Raja.

Tiada penutupan jalan terlibat bagi acara Perhimpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang akan bermula pada pukul 4 petang dan dijadual tamat sekitar 12.30 tengah malam.

Bagaimanapun, polis menjangka kesesakan di beberapa jalan di sekitar stadium.-BERNAMA

Artikel Lain