suria

Curi Logam RM200, Dua Beradik Sambut Hari Raya Dalam Penjara

SHAH ALAM: Dua beradik terpaksa menyambut Hari Raya mereka di penjara kerana mencuri kepingan logam bernilai RM200.

Dzul Azhar Muhamad, 27, dan Dzul Hafizee Muhamad, 22, mengaku bersalah kerana mencuri di sebuah kilang di Persiaran Kuala Selangor, di sini, pada pukul 11.15 pagi pada 16 Ogos.

Mereka ditahan reman sehingga kes mereka dibicarakan pada Khamis apabila mereka didakwa terhadapnya.

Majistret, Zilfinaz Abbas mensabitkan hukuman penjara selama tujuh hari bermula dari tarikh ditangkap, dan dikenakan denda RM300 seorang.

Berdasarkan fakta kes, juruteknik kanan, Goh Yee Farn, 27, melihat dua beradik itu memandu di sekitar kilang dan berasa curiga.

Goh dan pekerja lain memberhentikan kereta dan selepas pemeriksaan dilakukan, dijumpai metal dalam but kereta.

Azhar mengaku bersalah, mendakwa ia merupakan kesalahan yang pertama dan menyesali di atas perbuatan yang dilakukan.

DPP Wan Noorasina Ngadirin berkata, kedua-dua mereka sebelum ini mempunyai kesalahan kerana menagih dadah, dan meminta hukuman yang setimpal diberikan.

Kedua-dua mereka tidak diwakili peguam.

Adik-beradik itu dilihat dimarahi oleh ibu bapa mereka, yang datang mendengar prosiding itu, selepas hukuman disabitkan.

Artikel Lain