suria

PM Nasihati Pelajar Di Luar Negara Sumbang Kepada Kejayaan Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan pelajar Malaysia di luar negara agar belajar bersungguh-sungguh dan menguruskan diri dengan baik supaya dapat membuat sumbangan kepada kejayaan negara.

"Teman pelajar saya di luar negara, anda adalah duta kecil negara. Belajar bersungguh-sungguh dan mengurus dirimu dengan baik untuk membantu negara anda berjaya," twit beliau pada pukul 10.30 malam Selasa.

Pada 1 Syawal Ahad lalu, Najib turut menyampaikan mesej yang sama semasa mengadakan sidang televideo secara serentak dengan pelajar dan duta Malaysia di lima negara di Seri Perdana, Putrajaya.

Sidang televideo selama 45 minit itu diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, bersama perwakilan dari Jakarta (Indonesia), Canberra (Australia), London (United Kingdom), Beijing (China) dan Tokyo (Jepun). - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain