suria

Pengawal Keselamatan Dituduh Bunuh Wanita Warga Emas

GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu atas tuduhan membunuh seorang wanita warga emas di kawasan Rumah Pangsa Rifle Range, Padang Tembak bulan lepas.

Ooi Kean Leong, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah membunuh Tan Kim Chuan, 60, di kawasan meletak motosikal di hadapan Blok J, rumah pangsa itu pada pukul 6.02 pagi 10 Julai.

Majistret B. Sripracha Nanthini menetapkan 2 Oktober untuk sebutan semula kes.

Kematian Tan mendapat simpati meluas kerana tiada siapa yang sudi menolong wanita itu apabila dia terjatuh dan cedera di kepala selepas seorang lelaki meragut begnya.

Menurut laporan, rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita malang itu terbaring selama beberapa minit tanpa dihiraukan mereka yang lalu-lalang di situ. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain