suria

Kematian Wanita Akibat H1N1 Dilaporkan Di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Seorang wanita berusia 27 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) di Negeri Sembilan beberapa hari lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan.

Beliau berkata, pihaknya telah melakukan siasatan terperinci dan keadaan adalah terkawal serta tiada penularan wabak itu.

"Kami telah menjalankan siasatan terperinci dan telah memastikan tidak ada di kalangan keluarga mangsa yang dijangkiti H1N1," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

Dr Zailan berkata, wanita yang bekerja di Singapura itu pulang ke negeri ini beberapa hari lepas untuk bercuti, dan telah jatuh sakit serta menerima rawatan di sebuah hospital, di sini sebelum meninggal dunia.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik atau membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain