Kedai Emas Dirompak, Pemilik Rugi RM350,000 - Semasa | mStar

Kedai Emas Dirompak, Pemilik Rugi RM350,000

MELAKA: Seorang pemilik kedai emas kerugian RM350,000 selepas kedai emasnya dipecah masuk perompak di Jalan PMS1, Plaza Melaka Sentral di sini, awal Selasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Superitendan P.R. Gunarajan berkata, dalam kejadian antara jam 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi, penjenayah memecah masuk kedai emas tersebut melalui pintu belakang kedai andaman yang menghubungkan tiga lagi kedai bersebelahan menggunakan pemotong besi.

Beliau memberitahu pemberita, pemeriksaan polis mendapati suspek kemudiannya memecahkan papan lapis yang berfungsi sebagai dinding pemisah antara keempat-empat kedai berkenaan untuk ke kedai emas tersebut.

Beliau berkata, perompak kemudiannya menebuk lubang pada peti besi empat tingkat yang menyimpan barang kemas kira-kira 15 dulang serta wang tunai berjumlah RM10,000.

Bagaimanapun katanya, perompak tersebut hanya dapat melarikan barang kemas di tingkat pertama peti besi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira RM350,000.

Gunarajan berkata, perompak tersebut, dipercayai lebih daripada dua orang, juga melarikan perakam kamera litar tertutup yang dipasang di kedai emas itu.

Sementara itu pemilik kedai emas tersebut, Tan Teng Leong, 50, berkata beliau dimaklumkan berita rompakan tersebut melalui panggilan telefon dari pemilik bangunan yang disewanya kira-kira jam 8 pagi.

Beliau berkata, pada awalnya dia tidak menyangka kedainya dirompak kerana menyangka hanya kedai andaman itu dipecah masuk.

"Saya berasa amat terkejut apabila tiba di kedai dan melihat kedai dipecah masuk. Ini kali pertama berlaku sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?