suria

Muhyiddin Adakan Rumah Terbuka Aidilfitri Di Pagoh

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Kompleks Sri Pekembar di sini hari ini (Isnin).

Ribuan pengunjung daripada pelbagai kaum menghadiri majlis itu yang bermula pada 9 pagi.

Beraneka makanan dihidangkan kepada pengunjung di 20 gerai yang disediakan, antaranya nasi beriani, mi kari, kuih-muih dan aiskrim.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian termasuk artis Haziq AF. - BERNAMA

Artikel Lain