suria

Projek Rapid: Polis Terima 100 Laporan Berhubung Penempatan Semula Kubur

JOHOR BAHRU: Polis menerima lebih 100 laporan daripada penduduk Pengerang, nelayan dan kontraktor mengenai penempatan semula kubur berikutan dengan projek pembangunan bersepadu petrokimia (Rapid) Petronas di sana.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Che Mahazan Che Aik berkata, polis masih sedang menyiasat semua laporan berkenaan.

“Laporan terbaru adalah daripada seorang penduduk yang mendakwa kubur nenek moyangnya telah dipindahkan dan meletakkannya dengan cara tidak sepatutnya oleh beberapa individu yang mengendalikan projek penempatan semula itu,” katanya.

Beliau menambah, kertas-kertas siasatan telah dikemukakan kepada pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya dan mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan.

“Selain daripada rasa tidak puas hati berhubung penempatan semula kubur-kubur itu, kami turut menerima laporan daripada para penduduk yang tidak gembira dengan isu pampasan tanah dan pencemaran persekitaran yang disebabkan oleh projek Rapid,” katanya.

Beliau menambah, kebanyakan isu sudah pun diselesaikan tetapi masih terdapat sekumpulan kecil penduduk yang tidak berpuas hati.

Sementara itu, sekumpulan penduduk yang tidak berpuas hati merancang untuk berhimpun di tanah perkuburan di Telok Empang, Pengerang pada Sabtu ini bagi menunjukkan ketidakpuashatian mereka terhadap rancangan untuk menempatkan semula kubur-kubur itu.

Terdahulu, dilaporkan bahawa kira-kira 11,000 kubur orang Islam telah pun ditempatkan semuka bagi memberi jalan kepada projek Rapid bernilai RM60 bilion manakala pihak berkuasa merancang untuk memindahkan kira-kira 3,000 kubur orang Cina dan 1,000 kubur orang Islam tidak lama lagi.

Artikel Sebelum

Warga Iran Maut Ditikam

Artikel Berikut

Artikel Lain