suria

Jutawan Tanpa Nikmat Kaya

PETALING JAYA: Mungkin lebih ramai jutawan di Malaysia pada ketika ini berbanding sebelumnya namun mereka tidak semestinya merasai nikmat kekayaan.

Selain daripada peningkatan bilangan ahli perniagaan berjaya, semakin ramai rakyat yang memperoleh pendapatan tinggi boleh dikategorikan sebagai jutawan berdasarkan nilai aset dan harta mereka.

Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng berkata,terma itu juga boleh digunapakai kepada mereka yang berada dalam kelas pertengahan namun terpaksa membelanjakan pendapatan mereka bagi keperluan pendidikan anak-anak serta hartanah yang semakin tinggi.

Katanya walaupun seorang jutawan diukur berdasarkan pendapatan boleh guna, bagaimanapun kumpulan berkenaan tidak mempunyai kuasa membeli yang sama seperti sedekad yang lalu kesan daripada inflasi.

"Kita lihat berlakunya pertumbuhan kukuh dalam sektor-sektor tertentu, termasuk perladangan, minyak dan gas serta harta yang menaikkan taraf mempunyai usahawan hingga berada dalam kelas jutawan," katanya.

Bagaimanapun kumpulan yang dikategorikan sebagai bilionair masih kurang di negara ini.

Pada ketika ini Malaysia mempunyai 30 bilionair iaitu pertambahan hanya tiga daripada 27 dalam senarai tahun lepas.

Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan pada tahun lalu bahawa jumlah jutawan Malaysia meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 18 bulan sebelumnya.

Memetik laporan firma kewangan antarabangsa Credit Suisse Group berkata, Malaysia menambah 19,000 jutawan baru sejak awal tahun 2010, menjadikan jumlah keseluruhan 39,000 hingga Oktober.

Dr Yeah berkata kumpulan yang bijak melaburkan wang mereka akan mendapat lebih manfaat.

"Dalam pasaran bebas dan ekonomi kapitalis seperti Malaysia, mereka yang mempunyai modal yang boleh menjana pendapatan berjuta-juta," katanya.

Selain ityu perunding kewangan peribadi, Carol Yip berkata kos sara hidup yang tinggi membantu mengurangkan nikmat kekayaan.

"Hari ini, walaupun sebuah apartmen kecil boleh bernilai setengah juta," katanya.

Artikel Sebelum

Warga Iran Maut Ditikam

Artikel Berikut

Artikel Lain