suria

Isu Hudud: Karpal Saman Nasharudin

KUALA LUMPUR: Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebuah akhbar pada Jumaat melaporkan bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Iran Maut Ditikam

Artikel Berikut

Artikel Lain