suria

Pembantu Perubatan HTTA Maut Selepas Kereta Bertembung Lori

KUANTAN: Seorang pembantu perubatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 60 Jalan Kuantan-Segamat, dekat Pekan, pagi Jumaat.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 7 pagi itu, kereta yang dinaiki Nor Amirah Kamaruddin, 22, dari Kampung Cenderawasih, Muadzam Shah dipercayai hilang kawalan dan bertembung sebuah lori di tempat kejadian selepas terbabas.

Mangsa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu lori tidak cedera.

Menurut Mohamed Fauzi, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Segamat menuju Kuantan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Iran Maut Ditikam

Artikel Lain