suria

Muhyiddin Sokong Bantuan Kemanusiaan Kepada Pelarian Syria

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga,kanan) menerima kunjungan tiga Ulama Syria yang diketuai oleh Pensyarah Universiti King Abdul Aziz, Jeddah yang juga Ulama Syria, Sheikh Dr Khalik Kindo (empat,kanan) di kediamannya. Turut kelihatan Setiausaha Agung Ulama Syria, Sheikh Dr Mohammad Shawaf (tiga,kiri) dan Pimpinan Ulama Syria, Sheikh Khalid Bakir (lima,kanan). Tiga tokoh ulama tersebut mengadakan lawatan kerja ke Malaysia sehingga 20 Ogos nanti.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyidin Yassin mengikrarkan komitmen beliau untuk membantu gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria.

Muhyiddin membuat keputusan itu selepas mengadakan pertemuan dengan tiga ulama Syria yang kini berada di Malaysia bagi mendapatkan bantuan bagi pihak rakyat di Syria yang sedang bergolak, di kediaman Timbalan Perdana Menteri di sini Jumaat.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata berkuat kuasa serta merta, Timbalan Perdana Menteri memberikan komitmen beliau untuk membantu NGO berkenaan dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria.

Kerjasama lebih 30 NGO yang dikenali sebagai Gabungan Selamatkan Syria (GSS) hari ini mengatur pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri bersama-sama ulama berkenaan yang diketuai Sheikh Dr Khalik Kindo.

Ulama berkenaan telah berada di Malaysia selama seminggu dan akan berlepas pulang ke negara mereka pada 20 Ogos.

Semasa ditemui selepas pertemuan itu, Pengerusi Sekretariat GSS Naim Jusri berkata gabungan NGO amat bersyukur dan gembira dengan reaksi positif diberikan Timbalan Perdana Menteri.

"Lebih banyak langkah proaktif akan diambil untuk menunjukkan bahawa kami dari sebuah negara Islam tidak bersetuju dengan apa yang berlaku di Syria. Kami menyokong rakyat Syria dan perlu membantu mereka dalam apa cara yang boleh," katanya.

Naim berkata dalam perbincangan pada pertemuan itu, ulama berkenaan ada meminta Malaysia mempertimbangkan untuk menutup Kedutaan Syria di sini dan meminta mereka meninggalkan Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Iran Maut Ditikam

Artikel Lain