suria

Tiga Terkorban Dalam Kemalangan Bas Ekspres

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam kemalangan bas ekspres ketika suasana 'balik kampung' bermula untuk sambutan Hari Raya.

Bas dengan 41 orang penumpang termasuk pemandu dan dua pembantu berlanggar di km 121 jalan raya Sandakan-Lahad Datu di pantai timur Sabah sekitar pukul 2.50 pagi, Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kinabatangan, KSupritendan Martin Lugu dalam mengesahkan kemalangan itu berkata tiga lelaki terbunuh di tempat kejadian manakala tiga yang lain turut cedera dalam kemalangan tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata bahawa mereka masih cuba untuk mengesahkan identiti mereka yang meninggal dunia dan menentukan bilangan sebenar yang tercedera.

Ramai yang dikejarkan ke hospital Kinabatangan dan Lahad Datu.

"Kami sedang menyiasat bagaimana kemalangan berlaku," katanya.

Artikel Lain