suria

Kegiatan Pembalakan Dipergiat Di Pedu

PETALING JAYA: Kegiatan pembalakan dipergiatkan di kawasan yang pernah menjadi Hutan Simpan Bernilai Tinggi (HCVF) di Pedu, Kedah, walaupun mendapat bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Papan tanda yang menunjukkan pokok-pokok di bawah status pemuliharaan telah dialihkan, tetapi Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pembalakan yang sedang dijalankan dibuat selepas perbincangan dengan Jabatan Perhutanan negeri.

"Jabatan ini adalah sebahagian daripada jawatankuasa yang meluluskan kegiatan pembalakan di negeri ini, termasuk di Hutan Simpan Pedu.

"Semua aktiviti pembalakan telah diluluskan atas nasihat jabatan," katanya, Rabu.

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar berkata EIA tidak perlu diperolehi untuk pembalakan yang mana ia hanya perlu jika kawasan itu melebihi 500 hektar.

Walaupun papan tanda menunjukkan hanya 81 hektar telah diluluskan untuk pembalakan, Azizan enggan mengesahkan atau menafikan perkara ini manakala ADUN Pedu, Datuk Seri Mahadzir Khalid membuat dakwaan bahawa kawasan yang lebih besar telah dikenal pasti.

"Saya telah difahamkan kerajaan negeri telah meluluskan pembalakan pada keluasan 500 hektar untuk permulaan. Mereka menebang pokok tanpa mengambil kira alam sekitar dan hidupan liar kerana mereka terdesak untuk mendapatkan hasil," kata Mahadzir.

"Mereka juga enggan mengendahkan rayuan penduduk kampung berdekatan, NGO dan Mada."

Hutan simpan Pedu dikenali sebagai habitat haiwan termasuklah gajah dan harimau.

The Star mendapati kawasan pembalakan telah diperluaskan sejak bulan lepas, dan sejumlah besar timbunan kayu balak mengikut saiz.

Kerajaan negeri baru-baru ini dipaksa untuk menghentikan pembalakan di kawasan seluas 5,000 hektar di Gunung Hinas berhampiran Baling kerana tidak mempunyai EIA.

Artikel Lain