suria

Kastam Pahang Gandakan Usaha Pantau Jualan Mercun

KUANTAN: Kastam Pahang mempertingkatkan pemantauan dalam usaha menangani aktiviti penjualan dan pembelian bahan-bahan mercun menerusi pemeriksaan mengejut di premis perniagaan serta kediaman yang disyaki terlibat dengan penjualan bahan itu.

Pengarah Kastam Pahang Sarip Ismail berkata pihaknya turut mengalu-alukan maklumat orang ramai bagi membanteras penjualan bahan itu.

"Bagi membendung kegiatan penjualan dan pembelian mercun, anggota Kastam turut akan meningkatkan rondaan selain menyamar dengan berpakaian preman ke sekitar kawasan yang disyaki.

"Dalam pada itu tindakan pemeriksaan ke bazar-bazar Ramadan di seluruh Pahang turut dilakukan bagi mengesan mereka yang terlibat dengan penjualan selain memberi penerangan kepada orang ramai tentang bahaya serta tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjual dan pembeli bahan yang dilarang itu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata hanya mercun jenis 'POP' dan 'Happy Bom' yang mempunyai permit untuk jualan manakala lain-lain bahan mercun adalah dilarang. - BERNAMA

Artikel Lain