PTPTN Tawar RM100,000 Bagi Hadiah Pertama Peraduan Simpanan Bonanza SSPN-i - Semasa | mStar

PTPTN Tawar RM100,000 Bagi Hadiah Pertama Peraduan Simpanan Bonanza SSPN-i

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan wang tunai bernilai RM100,000 bagi hadiah pertama Peraduan Simpanan Bonanza Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Wang tunai tersebut akan dikreditkan terus ke akaun SSPN-i pendeposit bertuah sebagai penambahan deposit dan ianya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan tinggi pada masa hadapan, kata PTPTN dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

PTPTN berkata peraduan yang dianjurkan bagi mempromosi serta menggalakkan penabungan SSPN-i itu terbuka kepada semua pendeposit sama ada yang membuka akaun baharu mahupun yang membuat penambahan deposit SSPN-i melalui Bank Islam sekurang-kurangnya RM100 sepanjang tempoh promosi.

"Peraduan juga terbahagi kepada dua siri promosi iaitu siri pertama bermula dari 23 Jun hingga 22 September depan manakala siri kedua dari 23 September hingga 23 Disember ini.

"Tarikh cabutan bagi siri pertama pula adalah pada 1 Oktober sementara cabutan bagi siri kedua akan diadakan pada 31 Disember tahun ini," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun bagi melayakkan pendeposit menyertai paraduan ini, mereka dikehendaki mengekalkan deposit untuk tempoh 30 hari sehingga tarikh akhir setiap siri cabutan.

Kenyataan juga menyebut pendeposit bertuah di tempat kedua pula akan memenangi wang tunai bernilai RM10,000 manakala bagi tempat ketiga seramai 20 pendeposit akan dipilih untuk menerima RM1,000 setiap seorang.

Maklumat lanjut peraduan simpanan bonanza boleh diperoleh melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain