suria

Polis Marin Pelabuhan Klang Rampas Syabu Bernilai Hampir RM1 Juta

Unit anjing K-9 digunakan untuk mengesan dadah yang tersembunyi di dalam bot yang dirampas ini semasa sidang media rampasan dadah di markas Operasi Gerakan Marin Pelabuhan Klang..

PULAU INDAH: Polis Marin Pelabuhan Klang berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah ke Indonesia apabila merampas 7.5 kilogram syabu bernilai hampir RM1 juta di Kuala Sungai Klang, dekat sini awal pagi Selasa.

Pegawai Pemerintah Polis Marin DSP Norzaid Muhammad Said berkata hasil risikan, bot peronda polis Marin menahan sebuah bot tukaran barang yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Balai, Indonesia kira-kira 6.30 pagi.

"Kita mendapat maklumat ada bot dari Indonesia yang datang ke sini dan tidak membawa apa-apa barangan...bila bot itu berlabuh ke jeti ada kereta yang menghantar barangan ke bot terbabit dalam keadaan mencurigakan.

"Susulan daripada itu, sepasukan polis marin yang diketuai Insp Mohd Ruzuan Ahmad kemudian bertindak menahan bot terbabit di Kuala Sungai Klang," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas bot itu, polis menemui empat bungkusan plastik berwarna merah jambu mengandungi bahan disyaki syabu, yang disorokkan dalam bilik enjin dipercayai cuba diseludup keluar dari Malaysia.

Polis turut menahan tiga lelaki Indonesia iaitu tekong dan dua awak-awak, berusia lingkungan 40 dan 60-an untuk siasatan lanjut.

"Kita tidak menolak kemungkinan ada sindiket dadah antarabangsa yang mempunyai kaitan di negara ini serta di Indonesia yang cuba menjadikan tekong dan awak-awak bot sebagai orang tengah untuk mengedar dadah bagi pasaran Indonesia.

"Kes dadah ini merupakan tangkapan pertama bagi pasukan kami untuk tahun ini," katanya. Norzaidi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Kota Mula Balik Raya

Artikel Lain