suria

MRT Corp Anugerah 3 Lagi Pakej Pembinaan Stesen MRT

Azhar Abdul Hamid.
Azhar Abdul Hamid.
Azhar Abdul Hamid.

PETALING JAYA: Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) telah menganugerahkan tiga lagi kontrak pakej pembinaan stesen Projek MRT Sg Buloh-Kajang dengan nilai sebanyak RM563 juta kepada tiga firma pembinaan.

Ketiga-tiga firma itu ialah Trans Resources Sdn Bhd, Ahmad Zaki Resources Bhd dan Apex Communication Sdn Bhd.

Kesemuanya terdapat 85 pakej projek pembinaan yang akan ditawarkan oleh MRT Corp sebagai pelaksana projek gergasi tersebut.

Dalam satu kenyataan MRT Corp menjelaskan, penganugerahan tender berkenaan diluluskan oleh Jawatankuasa Perolehan Sehenti yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Trans Resources telah dianugerahkan kontrak untuk membina stesen Sg Buloh, Kg Baru Sg Buloh dan Kota Damansara serta prasarana sekitarnya dengan nilai kontrak sebanyak RM283.7 juta.

Ahmad Zaki Sdn Bhd pula mendapat kontrak untuk membina tiga stesen iaitu di Taman Suntex, Taman Cuepacs dan Bandar Tun Hussein Onn dengan nilai kontrak sebanyak RM174.6 juta.

Manakala Apex Commmunications pula akan membina stesen Balakong dan Taman Koperasi dengan nilai kontrak sebanyak RM104.7 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, ketiga-tiga firma tersebut telah menawarkan pembidaan yang munasabah dan terbaik dari kalangan beberapa firma yang disenarai pendekkan.

Mereka juga katanya telah terlibat dengan projek pembinaan rangkaian MRT sebelum ini dan mempunyai rekod kerja yang cemerlang.

Beliau turut menjangkakan baki 45 lagi pake kontrak pembinaan stesen dan laluan MRT ini akan selesai dikeluarkan sebelum hujung tahun ini.

Dengan kontrak terbaru yang diterima oleh Trans Resources dan Ahmad Zaki ini bermakna masing-masing setakat ini telah memperolehi nilai kontrak berjumlah RM743 juta dan RM939 juta untuk kerja-kerja MRT.

Adalah difahamkan kontrak seterusnya yang akan dikeluarkan oleh MRT Corp selepas ini ialah pakej pembinaan jejambat.

Pakej pembinaan jejambat MRT sebelum ini telah dimenangi oleh Ahmad Zaki Bhd, Mudajaya Group, IJM Corp Bhd, Sunway Construction, Gadang Holdings Bhd, MTD Constuction dan Syarikat Muhibbah Perniagaan & Pembinaan Sdn Bhd.

Artikel Sebelum

Warga Kota Mula Balik Raya

Artikel Lain