Kabinet Sedang Teliti Seksyen 114A Akta Keterangan - Rais - Semasa | mStar

Kabinet Sedang Teliti Seksyen 114A Akta Keterangan - Rais

PUTRAJAYA: Kabinet sedang meneliti Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang hebat diperkatakan dalam alam maya ketika ini selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kerajaan mempunyai pendirian yang teguh mengenai perkara itu, namun setakat ini tidak ada ada cadangan untuk sebarang pindaan baru terhadap Akta berkenaan.

Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula mendapat reaksi pelbagai pihak daripada kalangan pengguna internet.

Kempen-kempen tentangan terhadap akta itu dibuat oleh pertubuhan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan sepanduk yang dibuat oleh pertubuhan itu melalui laman facebook dengan tajuk 'Stop 114A' itu dimuat turun oleh pelbagai pengguna internet dalam negara.

Perkembangan itu dengan pantas menarik perhatian Najib yang ketika ini berada di Makkah untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang terus mengarahkan kabinet membincangkan perkara itu, menerusi ruang twitternya semalam.

Rais berkata kabinet sudah mendapat ilham daripada apa yang ditweet oleh perdana menteri berhubung isu itu, dan Seksyen berkenaan sedang diteliti dengan rapi ketika ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Masjid Putra di sini.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Rais meminta supaya kesatuan ummah di Malaysia diperkukuhkan lagi agar Islam terus berkembang mekar dalam negara. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain