Dua Sepupu Maut Disambar Petir Di Marang - Semasa | mStar

Dua Sepupu Maut Disambar Petir Di Marang

MARANG: Dua sepupu maut disambar petir di Kampung Pengkalan Berangan, di sini, Rabu.

Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohd Azhar Tuan Sulaiman, 9, mati di tempat kejadian.

Kedua-dua murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Berangan itu dikatakan disambar petir ketika mereka mengikut bapa Ahmad Salihin ke ladang ternakan di Kampung Felda Cadur, kira-kira lima kilometer dari rumah mereka untuk menangkap lembu dan kerbau.

Menurut ibu Ahmad Salihin, Noor Hayati Mohd Noor, 37, suaminya keluar dari rumah kira-kira pukul 1 tengah hari diikuti anak dan anak saudaranya yang baru pulang dari sekolah.

Noor Hayati berkata anaknya dan Mohd Azhar memang rapat dan sentiasa mengikut suaminya Tan Ibrahim Tan Senik, 51, ke ladang untuk menangkap haiwan ternakan itu.

"Semasa mereka keluar rumah cuaca agak baik tapi selepas itu hujan turun dengan lebat beserta ribut dan kilat," katanya. Sementara itu ibu Tuan Mohd Azhar, Tengku Rosmawati Raja Ibrahim, 38, berkata anak keempat dari tujuh beradik itu agak manja kebelakangan ini dan rajin berbanding sebelum ini.

"Walaupun sedih namun saya reda dengan pemergian dua sepupu ini di saat beberapa hari lagi kita nak sambut Hari Raya," katanya yang terkilan kerana anaknya tidak sempat memakai baju Melayu yang dipilihnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Mayat kedua-dua sepupu itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia