BN Perlu Bekerja Keras Tambah Majoriti - Samy Vellu - Semasa | mStar

BN Perlu Bekerja Keras Tambah Majoriti - Samy Vellu

NEW DELHI: Barisan Nasional (BN) dijangka menghadapi 'tentangan sengit' untuk memperoleh majoriti lebih besar pada pilihan raya umum ke-13, walaupun ia memiliki kelebihan sebagai parti yang membangunkan negara, kata bekas presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.

"Pilihan raya kali ini penting dan BN perlu bekerja keras untuk meraih majoriti lebih besar. Kami tak boleh memandang rendah kekuatan pembangkang," katanya.

Dalam wawancara dengan Bernama di sini, ahli politik veteran ini berkata parti komponen BN perlu berganding bahu dalam semua perkara agar orang ramai memahami perubahan yang dibawa BN melalui pemimpinnya Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Memang ada sungutan sebelum ini, tapi Perdana Menteri berusaha untuk menebus kelemahan pada masa lepas," kata beliau yang berada di sini untuk mengadakan perbincangan dengan Menteri Perkapalan India GK Vasan tentang projek pembangunan di bawah kementerian itu.

Samy Vellu mengadakan perjumpaan dengan Vasan atas kedudukannya sebagai Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Tenggara Mengenai Infrastruktur.

Samy Vellu berkata semua parti komponen BN perlu bertemu rakyat secara bersama.

"Turunlah padang secara bersama. Berjumpalah dengan orang ramai dan fahamilah apa yang mereka mahu daripada kita dan penuhilah permintaan mereka," katanya.

Ditanya tentang kelebihan BN, beliau berkata parti gabungan itulah yang membina Malaysia dan membawa pembangunan yang membolehkan rakyatnya meningkatkan taraf hidup serta menikmati kehidupan lebih sejahtera.

Bagaimanapun, terdapat beberapa sungutan, khususnya daripada masyarakat India, yang perlu diberi perhatian sebelum pilihan raya umum diadakan, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia