suria

AirAsia Lancar Penerbangan Terus Ke Lombok

KUALA LUMPUR: AirAsia pada Rabu melancarkan penerbangan terus ke Lombok di Indonesia dari Kuala Lumpur.

Penerbangan tiga kali seminggu pada Rabu, Jumaat dan Ahad.

Bersempena dengan pelancaran berkenaan, AirAsia menawarkan tambang promosi serendah RM88 sehala dari Kuala Lumpur ke Lombok.

Tempoh tempahan bagi promosi tersebut bermula 16 hingga 26 Ogos tahun ini bag tempoh perjalanan 12 Oktober hingga 22 Mei, 2013, demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan pada Rabu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Kota Mula Balik Raya

Artikel Lain